KUIPS

Kolej Universiti Islam Perlis

PUSAT PENGURUSAN EHWAL PELAJAR (PusPEP)

Pusat Pengurusan Ehwal Pelajar adalah memantau aktiviti/program yang dilaksanakan memberi impak kepada pelajar dalam meningkatkan potensi diri serta mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan menjaga kebajikan pelajar seiring usaha mencapai visi, misi dan objektif Pusat selaras dengan visi dan misi KUIPs.

Menjadi “perintis perubahan” dalam mengharmonikan keunggulan sahsiah mahasiswa dan kecemerlangan akademik selari dengan visi dan misi universiti untuk melahirkan insan berilmu dan beramal yang kompeten (pemikir) bertaraf Antarabangsa.

Beriltizam menyediakan persekitaran, prasarana dan kemudahan yang kondusif, produktif serta mesra pelajar melalui sinergi professionalism dan perkhidmatan pelajar yang berkualiti.

  1. Melahirkan siswazah seimbang dari aspek fizikal, spiritual dan intelektual bagi kesejahteraan sejagat.

  2. Membina kesedaran kepimpinan melalui aktiviti berpersatuan.

  3. Meningkatkan hubungan antarabangsa melalui program pertukaran pelajar.

  4. Memelihara kebajikan pelajar.

RUJUK LAMPIRAN B

CO Puspep
  • Minggu Mesra Siswa (Mms)
  • Program Imarah Masjid (Ramadhan)
  • Jamuan Aidilfitri Pelajar (Pelajar Tidak Pulang Ke Kampung)
  • Karnival Mekar Dakwah
  • Program Semarak Bulan Kemerdekaan
  • Kem Kepimpinan Mpp/Kelab Dan Persatuan
  • Program ‘CSR’ PusPEP
  • Karnival Sukan Fakulti
  • IPTIM
  • Pilihanraya Kampus
  • Program Sehari Masyarakat Bersama Pelajar
Puspep Lampiran B