KUIPS

Kolej Universiti Islam Perlis

PUSAT KO-KURIKULUM

Pusat Ko-Kurikulum bertanggungjawab menyediakan aktiviti berbentuk ko-kurikulum kepada para pelajar KUIPs terdiri daripada aktiviti 7 Pillars dan Ko-Kurikulum Berkredit.

Menjadi Pusat Tanggungjawab yang mempunyai daya saing setaraf dengan universiti lain dalam membentuk individu yang diterapkan dengan nilai-nilai “Syumul, Taqwa & Dinamik” melalui pelaksanaan Kursus Ko-Kurikulum Berkredit dan aktiviti 7 Pillars selari dengan visi dan misi KUIPs.

Menerajui aktiviti ko-kurikulum bagi meningkatkan kemahiran insaniah selaras dengan kehendak visi dan misi KUIPs.

  1. Mensasarkan 80% pelajar yang mendaftar Ko-Kurikulum Berkredit mendapat Gred A pada setiap semester pengajian.

  2. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berjaya menamatkan elemen-elemen 7 Pillars pada semester ke 4 mengikut struktur penawaran.

  3. Memastikan semua aktiviti 7 Pillars dilaksanakan pada setiap semester.

  4. Melakukan semakan terhadap silibus kursus Ko-Kurikulum Berkredit dan aktiviti 7 Pillars sekurang-kurangnya setiap 2 tahun.
CO Pusat KO-K

1) Unit Tadrib Badani (Sukan Sunnah)
2) Unit Al-Zai Al-Khas (Badan Beruniform)
3) Unit Maharat Tijariyah (Keusahawanan)
4) Unit Tadrib Mihani (Kemahiran Sepanjang Hayat)
5) Unit Tadrib Khatabah (Pengucapan Awam)
6) Unit Tadbir Da’awi (Modal Insan)
7) Unit Hifz Al-Quran (Hafalan Al-Quran)
8) Unit Ko-Kurikulum Berkredit