KUIPS

Kolej Universiti Islam Perlis

7 Pillars of KUIPs

7 Pillars

7 Pillars of KUIPs merupakan elemen nilai tambah dalaman yang diwujudkan oleh KUIPs dalam memberi satu kelainan dan kelebihan kepada graduan KUIPs. Persaingan yang hebat dan kompetatif pada hari ini menyebabkan graduan terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan pengajian masing-masing. Hal ini merupakan satu cabaran yang sangat hebat. Antara elemen yang menjadi pilihan KUIPs untuk dipakejkan dalam 7 Pillars of KUIPs ini adalah seperti berikut:

TADRIB BADANI (PROPHET’S SPORT)

  • Mendedahkan pelajar kepada sukan-sukan Sunnah, iaitu sukan berkuda, berenang, dan memanah.
  • Membentuk pelajar yang aktif beriadah dan bersukan serta mementingkan gaya hidup sihat.
  • Memberi satu pengalaman, kemahiran baru sebagai nilai tambah dalam diri pelajar.
  • Melahirkan atlet dari peringkat KUIPs hingga ke peringkat tertinggi dalam bidang sukan Sunnah.
  • Menggalakkan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti sukan bagi mengisi masa terluang dengan kegiatan yang berfaedah.

AL-ZAI AL-KHAS (UNIFORMED BODIES)

  • Al- Zai Al- Khas ialah badan beruniform, iaitu terbahagi kepada Wataniah, KOR SISPA, Taekwondo dan Silat.
  • Ia bertujuan untuk membentuk disiplin pelajar disamping dapat membina kekuatan jati diri dalam setiap individu.
  • Sebagai salah satu kegiatan dan aktiviti badan beruniform pelajar di KUIPs.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk berjasa dan berbakti kepada negara.
  • Memupuk semangat kerja berpasukan dan kerjasama didalam apa jua situasi dan keadaan.

MAHARAT TIJARIYAH (ENTREPRENUERSHIP)

  • Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
  • Memperkasa daya tahan dan meningkatkan ciri keusahawanan bagi meneroka peluang-peluang baharu.
  • Memberi pendedahan dan melengkapkan pelajar dengan ilmu keusahawanan.
  • Melatih pelajar agar dapat berdikari serta mampu menjadi seorang usahawan apabila tamat pengajian.
  • Memberi tunjuk ajar serta pendedahan kepada skim-skim bantuan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan dan agensi terlibat.
  • Menjadikan keusahawanan sebagai salah satu pilihan utama graduan untuk membina kerjaya.

TADRIB BADANI (LIFE LEARNING SKILL)

  • Tadrib Badani boleh dipecahkan kepada tiga, iaitu kursus jahitan, kursus masakan, dan kursus pembaikan pendingin hawa.
  • Membolehkan graduan terus bersaing dalam pasaran pekerjaan.
  • Membentuk kemahiran tertentu yang bersesuaian dengan keperluan semasa dalam pasaran pekerjaan.
  • Melahirkan pekerja berkemahiran, serta mampu mencipta pekerjaan sendiri berbekalkan kemahiran yang diperoleh.

TADRIB KHATABAH (PUBLIC SPEAKING)

  • Membentuk dan pemantapan kendiri secara holistik daripada aspek ketahanan fizikal, mental, tingkah laku, sahsiah, dan kerohanian didalam diri mahasiswa/i.
  • Memperkasa jati diri dan semangat berpasukan serta semangat patriotisme di kalangan mahasiswa.
  • Melatih mahasiswa/i mentadbir dan mengurus serta memimpin sesebuah organisasi.
  • Melahirkan graduan yang dapat menguasai komunikasi secara berkesan, berkeyakinan tinggi, kepercayaan yang tinggi dalam diri, berkemahiran dan berpotensi dalam mengawal sesuatu majlis dengan lancar dan efisyen.
  • Melahirkan kebolehpasaran graduan yang tinggi yang bertepatan

TADRIB DA’AWI (HUMAN CAPITAL)

  • Tadrib Da’awi dipecahkan kepada tiga, iaitu pengurusan jenazah, penyembelihan, dan waqaf.
  • Memperlengkapkan mahasiswa dengan ilmu dan pengetahuan dalam hal ehwal pengurusan jenazah dan sembelihan haiwan ternak.
  • Membentuk keberanian dan menghilangkan perspektif negatif terhadap pengurusan jenazah.
  • Untuk berbakti kepada ibu bapa, keluarga dan masyarakat.
  • Menginsafi diri dengan mengingat kepada kematian dan sentiasa bersyukur di atas nikmat kehidupan di atas muka bumi.

HIFZ AL-QURAN (AL-QURAN MEMORIZING)

  • Pillars Hifz Al-Quran mempunyai empat surah, iaitu surah Al- Mulk, surah Al- Insan, Surah Luqman, dan Surah As Sajdah.
  • Ia membantu pelajar untuk mempersiapkan diri menjadi seorang pelajar yang seimbang ilmu duniawi dan akhirat.
  • Memastikan setiap mahasiswa/i KUIPs mampu serta boleh membaca Al-Quran.
  • Untuk tujuan mempertingkatkan bacaan dalam amalan solat seharian.
  • Menguatkan minda serta secara tidak langsung menguatkan daya ingatan untuk pembelajaran.
  • Memupuk rasa cinta dan semangat untuk mempelajari ilmu Al –Quran dan mengamalkannya.